Miss Magnifique!!

Saturday, 19 January 2013

Peminta Sedekah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




dari kecil aku ni memang pengemis
pengemis perhatian
pengemis kasih sayang
pengemis duit

dari kecil aku ni memang peminta sedekah
semuanya kena minta
kasih sayang, perhatian duit, semua
kena minta baru orang nak bagi

selebihnya aku sendiri
tak dipeduli
cuba menjadi berdikari
dengan gigilan kaki

kau tahu rasa itu?
rasa seperti sampah, tahu?
rasa seperti tiada harga, tahu?
rasa seperti hanya di pinggiran, tahu?

bila sudah dewasa ini,
aku tak mahu menjadi pengemis lagi
meminta sedekah ingin dijauhi
sebab aku ada harga diri
bukan boleh dipijak sesuka hati

tapi aku ini sering lupa
kurang ingatan barangkali
tak mahu belajar dari sejarah masa
bila pingin sesuatu aku meminta lagi
harga diri terus dilupa
apa tak puas disakiti?

bukan salah sesiapa semua ini terjadi
hanya salah diri yang dah lama tak kena maki
jadi terlupa untuk mengingati
semua yang menjatuhkan harga diri
dan sentiasa dilihat sebagai orang kurang upaya di duniawi

aku meminta pada yang Maha Esa
dan mungkin aku fikir minta pada manusia juga tidak mengapa
kerana aku tanggungjawab mereka
tapi aku lupa
semuanya berubah termasuk manusia
hilang bapa hilang ibu = hilanglah semua

tapi tak mengapa 
aku akan terus berusaha
meminta hanya pada yang Maha Esa
kasih sayang, perhatian dan mungkin juga uang
biar aku menjadi pengemis kasih dan perhatian Tuhan
dari aku terus dihina dengan rasa dari manusia yang melayan ku begini.







aku

17 comments:

reenapple said...

sama lah kita. Minta saja pada yang Esa. DIA maha mengetahui

Azham Vsvc said...

;)

Leeya Hezlin said...

sebak baca catatan anda..
semoga kita semua menjadi insan yang berguna dan meminta segalanya daripada ALLAH sebab kita tak mampu meminta dari sesiapa kecuali daripada Pencipta kita..

semoga anda terus tabah dalam menghadapi segala dugaan hidup..
saya mendoakan anda duhai kawan.. ^^

Nong Andy said...

sob..sob...

apa ni tulis macam ni ... TH ni....

nangis la akak macam ni...

jeBateja said...

Ishhh....mintak pada tempat yg sepatut nya....tak di kira mengemis rasa nya....

Liyaa Mf said...

Sabar ya? Sesetengah manusia memang susah nak memberi. Dea lupa ada yang paling Maha Kaya. Dea lupa apa yg dea ada pun semuanya adalah pemberian.

Tak salah menjadi pengemis pada tempat dan perkara yg betul. Malah, kita digalakkan sentiasa mengemis dari yang Maha Esa :D

smilenajah93 said...

sekurg2nya berusaha , jangan byk meminta ~

smilenajah93 said...

lebih baik meminta kat Allah dr meminta kat manusia ~

say to easy=) said...

sabar ya

kay_are said...

tak sume manusia tu baik hati.. tak sume manusia tu akan buat macam yang kita buat.. tak sume manusia sudi bantu kita macam mana kita sudi bantu orang.. lumrah dalam kehidupan.. hmm.. terus cekal r ye..

Hanim Irsyad said...

huhu. sedey :) sabar ye dear. Allah sentiasa ada

Dunia Wilma said...

Jangan sedih2 lagi ya Zehan...
Bagi Wilma, tidak salah sekiranya kita ingin meminta...
Itukan lumrah manusia...
Be strong...
Wilma dan kawan2 yang lain akan sentiasa berada di sisi Zehan...
Walaupun dari jauh ^_^

P/S: Maaf...Dah lama Wilma tak datang sini...Wilma betul2 sibuk bah sekarang nie...

the malay male said...

Semoga murah rezeki

deno said...

jangan berhenti berusaha. rezeki ada di mana-mana... sayang m!

deno said...

selamat menyambut maulidur rasul... sama-sama kita berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w.. :)

Hanih Borhan said...

Yup Zehan...mintaklah pada Dia...sebab Dia suka pada hamba Dia yg meminta pada Dia...Dia jugak Maha Kaya & Maha P'beri...kan?...

Stay strong ok! ;)

si kiut lavender said...

jangan terasa hina bila diri ada rasa ingin dikasihi, disayangi dan perhatian..
itu lumrah M,
terus berusaha dan berdoa kepadaNya moga Dia kurniakan insan yg baik dalam hidup M

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...