Miss Magnifique!!

Wednesday, 30 January 2013

Sungguh Ianya Menakutkan Aku.

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





aku tak sihat sejak malam ahad haritu. huu.
muntah-muntah. cirit-birit. sakit kepala. sakit dada. sakit perut. sakit pinggang.

its quite a nightmare jugakla.
aku tak pernah kot muntah sampai lima enam kali dalam satu hari. dengan berpeluh satu badan.

malam memang tak boleh tidur. sebab time tu lah nak muntah. nak sakit semua.

dan yang paling sukar untuk aku mungkin masa malam kedua masa sakit tu. sebab sakit dada gila-gila. 
ada satu saat tu aku rasa, maut macam dah depan mata aku je.
ya that was how worst my night with the pain inside. 

masa aku rasa maut depan mata, dalam fikiran aku tetiba kosong. aku tak tahu nak kata aku bersedia atau tak. ada banyak yang aku tak capai dalam hidup. dan ada banyak amalan yang aku belum buat dan tak buat masa hidup.
masa tu aku tak tahu sama ada mati adalah baik untuk aku atau tidak.

kalaulah, kalaulah, benda ni jadi beberapa tahun lepas, aku mungkin akan senyum dan merelakan diri aku tenang bila maut depan mata.

sekarang bila aku dah sihat. aku terfikir.
aku tak takut hadapi mati. i gone through that once 11 years ago.
tapi...aku tak rasa aku bersedia.
thats what scared me the most.

i have so much things on my mind. 
ini pun menakutkan aku. sebab aku rasa aku macam terattached dengan dunia.

aku rasa loser gila.

dulu, aku tak pernah rasa attached dengan dunia. aku tak kisah pun dunia nak jadi apa. aku tak kisah pun aku mati tak tinggalkan apa. aku tak kisah apa pun. yang aku tau aku cuma nak pergi bertemu dengan yang abadi. ya, aku ada dosa. ya, aku bukan sempurna. tapi masa tu aku masih muda. aku dah buat apa yang termampu. 
dan yang penting fikiran dan hati aku bukan untuk dunia. dan hati aku hanya untuk yang Satu.

tapi,
masa berjalan.
aku berubah.
dan bila sakit sebegitu datang kepada aku.
bila aku rasa maut bagai ada depan mata aku.
aku sedar satu perkara.
benda yang aku paling tak suka.
kini aku sedang kejar.
aku sedang kejar dunia.

aku rasa nak menjerit bila benda ni menghentak fikiran aku.

aku bekerja terlalu keras. mungkin orang tak nampak apa yang aku buat. sebab aku bukan jenis yang bercerita selagi benda tu tak jadi. mungkin orang takkan tahu apa yang aku buat kalau ianya tak jadi. tapi, sungguh bila aku kerja dan fokus buat sesuatu. aku tak pernah main-main. dan aku akan guna seluruh tenaga dan effort aku untuk menyiap dan mencapainya.

aku tak nak pergi, selagi aku tak dapat buat sesuatu yang bagus. sesuatu untuk diri sendiri.
dan aku benci diri aku yang ini.
sebab aku mula fikir dunia. walau bukan aku mahu dunia datang sujud pada aku. walau aku cuma buat sesuatu yang sangat simple dan kalau orang tengok pun, orang akan macam, 'ah, itu je pun dia nak buat.'
aku tak kisah. sebab untuk buat benda yang simple yang orang fikir ni pun, aku perlu berkerja keras.

sebab yang ini seolah aku fikir, ah, aku perlu buat sesuatu untuk dunia. sedangkan dulu aku tak inginkan dunia.
sungguh aku tak mahu kan dunia. tak pernah rasa dunia ini adalah sebahagian dari aku.
dan bila aku sakit haritu. aku sendiri tidak tahu, sejak bila aku mula menjadi sebahagian dari dunia?
sungguh aku tak pernah rasa aku sebahagian dari dunia.
dan aku juga tak sedar bila aku mula menjadi sebahagian darinya.
and itu menakutkan aku. sungguh.

dan tika ini, aku rindu diri aku yang lalu. 
yang dulu bukan sempurna, yang sekarang apatah lagi. 
.cuma aku inginkan kombinasi antara dulu dan sekarang.
memang pengalaman hidup buat seseorang berubah. dan aku adalah orang yang akan terus berubah.
aku cuma harap, selepas ini, aku akan jadi yang lebih baik.

moga Allah sentiasa bimbing aku ke jalan yang benar. ke jalan-Nya.





zehan ilyana

15 comments:

CaDLyNN said...

sakit penghapus dosa...sabar ye dik..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

moga cepat sembuh k.... love love...

EL MARIACHI said...

mehlah ke blog saya..kat situ saya ubatkan rasa give up tu dengan mengharap dan mendamba kasih Allah...

si kiut lavender said...

moga zehan berjaya menjadi seorang "insan" di dunia juga di akhirat..:)

deno said...

insyaallah.. lama sis tak jenguk m..take care ya dik..

Liyaa Mf said...

Err ada satu quote tu tapi camne ek bunyinya akak dah lupa. Lebih kurang camni "Beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok, dan bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi".

Dunia akhirat perlu seimbang. Apa yg Miss M ngah buat sekarang tu dah betul. Cuma jangan sampai terlalu hanyut mengejar dunia sampai hilang diri Miss M yang dulu. Hehehe. Btw, gud luck & all the best in your every way! :D

kay_are said...

sakit? banyak rest dan hope ko cepat sembuh ye.. aku rase kebanyakan manusia kat dunia ni, even aku sendiri tak boleh nak berhenti kejar dunia.. mungkin cume boleh membataskan je.. tambah lak kita sendiri sekarang ni tengah hidup dekat dunia..

inna_risna said...

kalau kita rasa kita dah tersasar dari niat kita hidup di dunia nie, cuba kembali kepada-Nya. insyAllah, hati pasti tenang. ^_^

Hanih Borhan said...

eh banyaknya simptom...check dgn Dr tak Zehan?...

Maybe Allah uji Zehan dgn mcm2 simptom tu utk buat Zehan sedar kan, on the bright side nya lah...

Allah masih syg awak & nak awak buat sesuatu yg bagus kat dunia, tak salah mengejar dunia tapi yg penting akhirat mesti seiring... kan kita selalu mintak doa utk kebahagiaan kat dunia & akhirat? :)

Anyway,m'ingati mati ialah satu benda yg saya kira bagus sebab selalu m'ingatkan kita tentang hala tuju kita yg sebenarnya...yg penting jgk,kita mesti b'usaha utk menyiapkan diri...

wallahualam :)

Mizz ErMa said...

miss m sakit ape? teruk jugak tu..banyakkan bersabar yer..jgn lupa makan ubat..

akoo said...

semoga tabah =']


Allah mguji ikut kmampuan hambanya, u know that rite? =) smoga kita semua dpt capai pengakhiran yg baik..

xila dot said...

alololo hugx2....
positif2. smoga sihat selau ya

Sigaret Perisa Kafein said...

anggap saja itu ingatan, dan kesedaran dari Dia.

dan, semoga kamu baik2 saja ya!

-AsaSiaga-

Lia Irdelia said...

bersabar... :)

Amoooi said...

Semoga dipermmudahkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...