Miss Magnifique!!

Tuesday, 12 February 2013

Ketawa Bersama. Menangis Bersama. Tapi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
-malique

#AyatBerhantu 



Di waktu aku tidak berpeluang melihat dunia.
Kau bertegas untuk terus menyimpan aku.
Walau nyawa kau dipertaruhkan.
Hanya untuk memberi peluang pertama buat aku.

Kita berdua selamat.
Walau kau ditendang separuh nyawa ke masuk hospital.
Terpaksa mengeluarkan aku.
Agar aku tak lemas.

Kita berdua selamat.
Tuhan sayang kita berdua.

Kala denyutan nadi aku sudah berhenti di hadapan Kaabah.
Kau masih terus setia.
Dan yakin bahawa aku tidak mati.
Tanpa putus asa kau terus menitipkan doa.

Dan sekali lagi Tuhan mengabulkan doamu.
Aku diberi peluang kedua untuk hidup.
Dengan air mata dan kasih sayangmu.

Tapi. Kemudian. Kau pergi.
Tanpa dapat aku berbuat apa-apa.
Seolahnya nyawa kita ditukar ganti.

Ketawa bersama.
Menangis bersama.
Tapi kenapa kita mati tidak bersama?
Kau pergi dulu bertemu Kekasih Abadi.





zehan ilyana

10 comments:

reenapple said...

Setiap apa yang berlaku, DIA maha mengetahui.

Dunia Wilma said...

Be strong Zehan ^_^
Wilma will always support you...
Walaupun Wilma lama tak BW tak bermakna Wilma tak follow perkembangan Zehan ^_^

KonspiMaker said...

Kuat kuat selalu.

aiEz said...

jika telah tertulis pada yg pasti,kelak tak tercepat mahupun terlambat walaupun sedetik

HeNRieTTa JoSe said...

Allah sayangkan Mama Adik....Berdoalah untuk dia...

Lyaa Suriany said...

sbb ajal maut dah tersurat

kay_are said...

Ajal maut sume kat tangan Tuhan.. dah sampai ajal sorang tu, sape pun tak boleh nak elak lagi..

Ayiesha Sani said...

Beliau pergi dulu,bila awak ada lagi disini...masih ada doa awak untuk dia..

nini said...

lagu dia sangat best...my mom really like it

si kiut lavender said...

moga dirimu setia menitipka doa buat si dia...
Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...