Miss Magnifique!!

Sunday, 21 April 2013

Review: Hada Labo Arbutin Whitening Lotion

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



sebenarnya aku tengah boring.
aku nak update blog tapi aku tak ada idea.
jadinya, mehlah aku buat review. kakakaka.

okay kali ni meh aku cerita pasal toner yang aku pakai, walau aku rasa aku macam pernah je cite pasal ni. tapi ni kira aku buat entry khas untuk favourite product aku. ha gitu. 
nak muntah aku. padahal tak cantik pun. perasan je lebih ni nak buat review-review.
hihihi.

aku sejak dari pertengahan tahun lepas aku pakai toner yang sama iaitu Hada Labo Arbutin Whitening Lotion. 
oleh sebab aku malas tangkap gambar, aku ambik jelah gambar dari pakcik google eh?

 

dia ada tulis 3 steps of shirojyun whitening
1. deep moisturising
2. intensive repair
3. double whitening

kalau korang nak tau lotion kat sini bermaksud toner ya, kawan-kawan.
maksud shirojyun? aku tak tahu, pergi google sendiri la dey.

okay maknanya dah nak hampir setahun aku pakai toner yang sama. dan satu botol besar ni ada 170ml. kalau dengan aku memang tahan lama gila. padahal aku pakai pagi dan malam tak tinggal. ni aku baru beli botol yang kedua bulan lepas. 

okay kenapa aku suka toner ni, aku ni pun boleh tahan suka tukar produk, tapi kenapa aku decide nak stick dengan toner ini.

sebabnya mudah. aku ni pemalas.
bukan malas nak survey produk lain.
tapi..

korang tau tak kalau aku malas nak pakai krim ke serum ke. lepas cuci muka aku pakai toner ni je.
dan toner ni je pun dah cukup mampu untuk moisturize kan muka aku.
ha. gitu.
tapi, serius la weyh.
aku ni pemalas tahap cipan. jadinya aku suka benda mudah.

lagi satu toner ni korang tak payah nak pakai cotton pad sangat. aku pakai toner ni letak beberapa titis kat tapak tangan, dan letak ke muka. tap! tap!
dah! kakaka.

untuk whitening aku tak taulah kan, tapi untuk brighten skin memang okey la juga.

tapi sekarang ni aku sedang gigih untuk menjaga muka.
kakaka.
cet. korang rasa statement aku ni boleh percaya ke tidak? kakaka.

apa-apa pun toner ni memang toner favourite aku.

oh, harga dia memang mahal, aku masa nak beli toner ni, menggeletar tangan nak bayar harga toner ni. lelebih lagi aku ni sekarang memang selalu kena bajet semua benda. kakaka.
harga asal toner ni rm45.90.
ha, mahal kan? tapi boleh tahan sangat lama. aku pakai ada kot satu botol 8, 9 bulan. ni pun baru je masuk botol kedua.
dan aku memang suka beli waktu sale.
haritu aku beli waktu sale kat watson. dapat harga rm39 je.
ha. *chicken dance*

cubalah try. best tau toner ni untuk orang pemalas macam aku.
best toner ni untuk hydration.
best toner ni untuk brighten.
yang untuk repair tu aku tak tau la dia repair apa sebenarnya. -_-
hahaha.

ini antara favourite product aku setakat ni. aku tak rasa nak tukar lagi toner. kalau tukar pun maybe aku akan pakai hada labo juga tapi yang warna merah pula. :p
tapi aku rasa toner ni akan tahan sampai hujung tahun dan kemungkinan sampai awal tahun hadapan. jadinya lambat lagi untuk aku fikir tukar toner. melainkan aku tergoda untuk beli wonder pore freshner dari etude house. kbai. 


xoxo,
zehan.


10 comments:

Anonymous said...

Aku tak pakai toner sebab aku rasa malas... uhuhuhu.

~reenapple~

*malas nak login*

Zetty Zuharizam said...
This comment has been removed by the author.
Rapunzeel Cikilolo said...

aku tak suke toner...

betul leceh sebab kena pakai cotton pad.

jadinye, aku pakai kadang-kadang.

aku beli toner pun sebab celah hidung aku selalu ada kulit kering..

aiyoo

yongpropaghandi said...

eh, mcm kenal je

zulhilmi tempoyak said...

mcm botol gam je.. =="

CaDLyNN said...

best erk?
sure??? akak nk pi beli ni..hehehe

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

kay_are said...

aku ingat gambar gam..toner rupe nye.. +__+

sisanizu said...

assalamualaikum. nak tanya..kalau utk lembutkan kulit muka ni. mana lg best.lotion hada labo ni ke de bella aloe vera ye. sbb sy ada tgk dlm blog awk juga pasal ni. need opinion,please..hehehe TQ

MG schmidt said...

ok!
esok kena carik ni sbb toner tok small skin pore .
nk guna toner yg pakai kapas malas
so ujung2 taun ni sure ad sale
kalau murh untg MG ..huhu
thanks review pasal ni utk kita2 yg pemalas nk guna kapas tp nk pakai toner . hooho :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...