Miss Magnifique!!

Wednesday, 31 July 2013

tidak pernah layak buat laki-laki sepertimu

melihat langit tanpa bianglala
   menunggu hujan dari awan
rindu ini mematikan jiwa
   perit yang tiada penjelasan

aku pernah mengira 
hari, 
   minit  
      dan saat,
tertanya bila akan dengar khabar darimu?

berikrar pada diri ingin melupakanmu,
aku pujuk hati,
"aku ini tidak layak buat laki-laki sepertimu"
dan
"aku ini tidak pernah layak untuk mana-mana lelaki pun"

mengukir senyuman pada cermin
mengatakan semuanya akan baik-baik sahaja
apabila kepala di bantal
di bilik yang gelap
sakit itu datang lagi
dan bagai sengaja menambah perit
aku tidak mengizinkan air mata
untuk jatuh membasahi bumi
kerana aku hanya ingin
mematikan jiwa yang suka bermain rasa.



zehan.

10 comments:

Heartbeat said...

saban malam memujuk diri sendiri , tapi besoknya aku tetap ulang benda yang sama . mengharap .

HeNRieTTa JoSe said...

salam ramadhan...moga segalanya baek baek saja...

Nurzakiah Hanum said...

:)

manusiaekstinsi said...

aku suka duduk kubikel gelap,dan saat itu aku nampak siapa aku dan berbicara dengan kepahitan sendiri,tapi tak apa,malam tetap memanisku hidup aku esoknya:)

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

kau tahu,untuk pilihan yang pernah aku buat dulu akhirnya memakan diri aku yang mana aku akhirnya terpaksa menjalani hidup dengan penuh penyesalan.

dan rasa sakit itu saban waktu selalu datang membunuh aku dalam senyap.mungkin saja kau tak patut terus memaksa diri begini.

Arai Lekir said...

luahkan sahaja, daripada pendam dan terus menyesal sampai bila-bila. at least mencuba

syakey said...

put aside je semua ni. nanti the right time somehow akan dtg jugak ;)

Skull Writers said...

aku ingin ringankan beban..

yang sarat di dadamu..

yang sarat di fizikal mu...

kalau mampu..

aku redakan kesakitan..

bius.. hingga kau lupa..

ia sakit.. ia perit...

tapi aku hanya mampu bicara..

lalu mahu kau tahu..

yang aku amat kisah tentang kau..

seadanya kau...

gadis ku..



Nico Robin

Sigaret Perisa Kafein said...

Jika itu yang kamu mahukan..

ya, semoganya hajat kamu tidak pernah kesampaian.

:)

-AsaSiaga-

kay_are said...

mane pulak.. setiap orang mesti ade pasangan die masing2 kan.. so selayaknye ko dengan pasangan ko tu.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...