Miss Magnifique!!

Wednesday, 30 January 2013

Sungguh Ianya Menakutkan Aku.

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





aku tak sihat sejak malam ahad haritu. huu.
muntah-muntah. cirit-birit. sakit kepala. sakit dada. sakit perut. sakit pinggang.

its quite a nightmare jugakla.
aku tak pernah kot muntah sampai lima enam kali dalam satu hari. dengan berpeluh satu badan.

malam memang tak boleh tidur. sebab time tu lah nak muntah. nak sakit semua.

dan yang paling sukar untuk aku mungkin masa malam kedua masa sakit tu. sebab sakit dada gila-gila. 
ada satu saat tu aku rasa, maut macam dah depan mata aku je.
ya that was how worst my night with the pain inside. 

masa aku rasa maut depan mata, dalam fikiran aku tetiba kosong. aku tak tahu nak kata aku bersedia atau tak. ada banyak yang aku tak capai dalam hidup. dan ada banyak amalan yang aku belum buat dan tak buat masa hidup.
masa tu aku tak tahu sama ada mati adalah baik untuk aku atau tidak.

kalaulah, kalaulah, benda ni jadi beberapa tahun lepas, aku mungkin akan senyum dan merelakan diri aku tenang bila maut depan mata.

sekarang bila aku dah sihat. aku terfikir.
aku tak takut hadapi mati. i gone through that once 11 years ago.
tapi...aku tak rasa aku bersedia.
thats what scared me the most.

i have so much things on my mind. 
ini pun menakutkan aku. sebab aku rasa aku macam terattached dengan dunia.

aku rasa loser gila.

dulu, aku tak pernah rasa attached dengan dunia. aku tak kisah pun dunia nak jadi apa. aku tak kisah pun aku mati tak tinggalkan apa. aku tak kisah apa pun. yang aku tau aku cuma nak pergi bertemu dengan yang abadi. ya, aku ada dosa. ya, aku bukan sempurna. tapi masa tu aku masih muda. aku dah buat apa yang termampu. 
dan yang penting fikiran dan hati aku bukan untuk dunia. dan hati aku hanya untuk yang Satu.

tapi,
masa berjalan.
aku berubah.
dan bila sakit sebegitu datang kepada aku.
bila aku rasa maut bagai ada depan mata aku.
aku sedar satu perkara.
benda yang aku paling tak suka.
kini aku sedang kejar.
aku sedang kejar dunia.

aku rasa nak menjerit bila benda ni menghentak fikiran aku.

aku bekerja terlalu keras. mungkin orang tak nampak apa yang aku buat. sebab aku bukan jenis yang bercerita selagi benda tu tak jadi. mungkin orang takkan tahu apa yang aku buat kalau ianya tak jadi. tapi, sungguh bila aku kerja dan fokus buat sesuatu. aku tak pernah main-main. dan aku akan guna seluruh tenaga dan effort aku untuk menyiap dan mencapainya.

aku tak nak pergi, selagi aku tak dapat buat sesuatu yang bagus. sesuatu untuk diri sendiri.
dan aku benci diri aku yang ini.
sebab aku mula fikir dunia. walau bukan aku mahu dunia datang sujud pada aku. walau aku cuma buat sesuatu yang sangat simple dan kalau orang tengok pun, orang akan macam, 'ah, itu je pun dia nak buat.'
aku tak kisah. sebab untuk buat benda yang simple yang orang fikir ni pun, aku perlu berkerja keras.

sebab yang ini seolah aku fikir, ah, aku perlu buat sesuatu untuk dunia. sedangkan dulu aku tak inginkan dunia.
sungguh aku tak mahu kan dunia. tak pernah rasa dunia ini adalah sebahagian dari aku.
dan bila aku sakit haritu. aku sendiri tidak tahu, sejak bila aku mula menjadi sebahagian dari dunia?
sungguh aku tak pernah rasa aku sebahagian dari dunia.
dan aku juga tak sedar bila aku mula menjadi sebahagian darinya.
and itu menakutkan aku. sungguh.

dan tika ini, aku rindu diri aku yang lalu. 
yang dulu bukan sempurna, yang sekarang apatah lagi. 
.cuma aku inginkan kombinasi antara dulu dan sekarang.
memang pengalaman hidup buat seseorang berubah. dan aku adalah orang yang akan terus berubah.
aku cuma harap, selepas ini, aku akan jadi yang lebih baik.

moga Allah sentiasa bimbing aku ke jalan yang benar. ke jalan-Nya.





zehan ilyana

Sunday, 27 January 2013

Zine Mitos Mawas Ink - T Rex Press

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





mawas ink akan keluarkan zine sulung mereka..
hihi...
cerita-cerita mitos akan menemui anda insyaAllah pada bulan february nanti.

:)

 

cool kan cover dia?
hihi...
:)

okey aku nak cerita kan pulak pasal t rex press ni ha. yang baru je bertapak. dan akan beroperasi tak lama lagi. *sila bagi tepukan gemuruh* sebab boss t rex press sedang merancang rangka untuk kemajuan syarikat ini.


T Rex Press pula adalah sebuah syarikat penerbitan buku yang baru saja didaftar dan ditubuhkan oleh inche mickey aka ubi aka sang sarigala aka mohd syafiq.
(aku rasa mesti ada yang kenal kan?)

t rex press adalah sebuah syarikat penerbitan buku alternatif elektik: zine, buku, dan novel dalam fiksi dan bukan fiksi.


walaupun tak mula lagi..
takpa..
aku bagi sedikit pencerahan untuk korang.
:)

ini link facebook T Rex Press 


okeh.,
sila nantikan kemunculan zine mitos dan sila doakan penubuhan t rex press akan berjalan dengan lancar.

dan korang memang ohsem giler.! hihi
:)

dan lagi satu aku nak habaq kat korang.
ada satu karya aku keluar kat zine fiksyen kilat habaq hang terbitan zsm..
:)
:p


k daaa...




zehan ilyana

Thursday, 24 January 2013

?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






bagaimana kita boleh katakan kita berfikir jika kita berfikir hanya dalam kotak?
pusing-pusing tetap dalam lingkungan yang sama.

tapi, bila kita nak fikir luar dari kotak, dan melangkaui pemikiran kita.
adakah kita bersedia untuk menghadam?
hakikatnya?
makrifatnya?










zehan ilyana

Saturday, 19 January 2013

Peminta Sedekah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




dari kecil aku ni memang pengemis
pengemis perhatian
pengemis kasih sayang
pengemis duit

dari kecil aku ni memang peminta sedekah
semuanya kena minta
kasih sayang, perhatian duit, semua
kena minta baru orang nak bagi

selebihnya aku sendiri
tak dipeduli
cuba menjadi berdikari
dengan gigilan kaki

kau tahu rasa itu?
rasa seperti sampah, tahu?
rasa seperti tiada harga, tahu?
rasa seperti hanya di pinggiran, tahu?

bila sudah dewasa ini,
aku tak mahu menjadi pengemis lagi
meminta sedekah ingin dijauhi
sebab aku ada harga diri
bukan boleh dipijak sesuka hati

tapi aku ini sering lupa
kurang ingatan barangkali
tak mahu belajar dari sejarah masa
bila pingin sesuatu aku meminta lagi
harga diri terus dilupa
apa tak puas disakiti?

bukan salah sesiapa semua ini terjadi
hanya salah diri yang dah lama tak kena maki
jadi terlupa untuk mengingati
semua yang menjatuhkan harga diri
dan sentiasa dilihat sebagai orang kurang upaya di duniawi

aku meminta pada yang Maha Esa
dan mungkin aku fikir minta pada manusia juga tidak mengapa
kerana aku tanggungjawab mereka
tapi aku lupa
semuanya berubah termasuk manusia
hilang bapa hilang ibu = hilanglah semua

tapi tak mengapa 
aku akan terus berusaha
meminta hanya pada yang Maha Esa
kasih sayang, perhatian dan mungkin juga uang
biar aku menjadi pengemis kasih dan perhatian Tuhan
dari aku terus dihina dengan rasa dari manusia yang melayan ku begini.







aku

Thursday, 17 January 2013

-06/01/2013-

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





tahu entry ni macam dah lambat.
tapi, kadang-kadang bila tiba tarikh itu, kita tak reti nak ekspresikan diri kita, baik melalui kata mahupun penulisan.


yang kita tahu,
tarikh itu, walaupun sudah bertahun-tahun dia datang dan pergi.
sakit dia masih sama.






al-fatihah 
untuk yang tersayang,
mama.





adik

Wednesday, 16 January 2013

Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





apabila seseorang manusia mula merasakan dia lebih pandai dari manusia lain, apabila seseorang manusia merasakan kerana dia punyai kertas sijil peringkat tinggi dia adalah seorang yang pandai dari manusia lain,

di situlah nampaknya kebodohan dia.




listen listen listen.



question and complaint are two different things.



listen listen listen.


siapa yang pandai dan bodoh sekarang?




listen listen listen.







oh tak dengar eh?
memanglah tak dengar sebab ni aku tulis je kau kena baca.
kalau aku rakam suara barulah kau boleh dengar.

duh.




zehan ilyana

Tuesday, 15 January 2013

-ah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




kita manusia memang tak pernah lepas buat salah,
tapi tetap tersenyum walau berkali-kali kalah,
sebab kita bukan sengaja buat salah dan kemudian marah,
kita mengaku salah, bertaubat dan mohon hidayah kekal hingga ke jannah.




zehan ilyana

Sunday, 13 January 2013

Quote #3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang











Thursday, 10 January 2013

Kau Yang Manis

Assalamualaikum Warahmarahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




aku lepas baru tulis puisi,
 'kau yang manis',
tapi bukan dekat blog ni.
dekat blog


kalau teringin baca sila pergi ke website rumah mawas tu ya.
hu.
lupa nak cakap.
aku dah jadi penulis tetap dekat belog itu,
tahun lepas, lepas aku balik brunei.
:p
terima kasih dekat inche mickey aka sang sarigala aka ubi.
(bos ni pun banyak nama daaa)
huu.

ha,
lagi satu,
aku tulis puisi tu,
sila jangan assume tu cerita aku.
aku cuma tulis saja.
dah.
sekian.



zehan ilyana

?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





aku masih hidup.



















aku.

Tuesday, 8 January 2013

Tolong Doakan Aku, Boleh?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




aku dah berusaha
dan aku dah cuba buat yang terbaik dan termampu.

kini aku hanya boleh berdoa dan bertawakal
moga Allah permudahkan urusan
dan moga Allah perkenankan doa aku.


sekarang ni aku hanya berserah

moga saja aku boleh gapai cita-cita dan impian.

moga saja apa yang aku usahakan dapat diterima.

penantian sememangnya satu penyeksaan.


dan apa pun terjadi,
aku bersedia dengan segala kemungkinan.


tolong doakan aku, boleh?

sama ada aku akan dapat jawapan positif atau negatif, 
tolong doakan aku, boleh?

entah kenapa aku rasa takut.
padahal aku patut rileks je sekarang ni.

dan teruskan lagi projek baru.
tapi, entah kenapa aku rasa debar sangat ni.

tsk.


rasa nak nangis.

mama,
T_T




zehan ilyana

Saturday, 5 January 2013

Teardrops On My Laptop~~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang







you were the reason
why my teardrops on my laptop.


6 january is another date that i should through with strength.










zehan ilyana

Thursday, 3 January 2013

Lalalalala~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




petik gitar.
jari sakit.
no pain, no play.



haih.
bunyi masih sumbang.


takpe.
belajar perlahan-lahan.


huuu....







p/s: ya,  memang aku baca puisi itu sangat kelakar.:p
hahahahahah


zehan ilyana.

Wednesday, 2 January 2013

Vlog. Membaca Puisi. Ya, Saya Memang Gila. Sekian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



percubaan pertama membaca puisi.
sounds so weird to my ears.
haha.

video ini hanya untuk suka-suka.
dan sorry memang tak ada muka.

hanya cuba menterjemahkan 
puisi yang aku tulis melalui suara.
tapi,
memang bunyi pelik je.
-_-'

sila jangan muntah lepas dengar.
sekian.
:p





oh ya,
puisi ini ada
di dalam zine aku.
cuma aku tambah sikit je.








zehan ilyana

Tuesday, 1 January 2013

01/01/2013 tahun ketiga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




1 january 2010 - 1 january 2013

dah tiga tahun papa pergi.

moga papa sentiasa di dalam rahmat Allah dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman.



al-fatihah.




*** 


again,
you'll never know how i'm feeling inside.





i'm not saying i'm a good person.
but at least, i'm trying my best.
and i did the thing that i should do.

i have worries and regrets.
but, i learned lotsa thing.
then i let gone.


now, i'm just reminiscing the date.
the date that brought me relieved and hurt and sad.
the date he was gone forever.

and here i am.
learning.



zehan ilyana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...