Miss Magnifique!!

Wednesday, 27 February 2013

Tak Sabar Nak Try Mask Baru =)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



dah lama aku tak update blog.

nant aku nak update pasal satu mask ni.
aku nak buat review.

ehem.
tak sabar nak try mask baru ni.
nama mask tu, Leader Insolution AC Dressing-Mask
arha!

nantikan my review yeah?
:D






zehan ilyana

Monday, 18 February 2013

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




bertahan.
tapi keyakinan itu punah juga.
tidak mengapa.
aku akan bina semula.
walau yang tinggal hanya sisa upaya.











zehan ilyana

Saturday, 16 February 2013

#Hina

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





sedang pemudi di palestine berjuang demi Islam.
aku di sini berperang dengan masa silam.



di sana mereka memuliakan diri.
di sini aku menghinakan diri.


*from google*







zehan ilyana

Tuesday, 12 February 2013

Ketawa Bersama. Menangis Bersama. Tapi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
-malique

#AyatBerhantu 



Di waktu aku tidak berpeluang melihat dunia.
Kau bertegas untuk terus menyimpan aku.
Walau nyawa kau dipertaruhkan.
Hanya untuk memberi peluang pertama buat aku.

Kita berdua selamat.
Walau kau ditendang separuh nyawa ke masuk hospital.
Terpaksa mengeluarkan aku.
Agar aku tak lemas.

Kita berdua selamat.
Tuhan sayang kita berdua.

Kala denyutan nadi aku sudah berhenti di hadapan Kaabah.
Kau masih terus setia.
Dan yakin bahawa aku tidak mati.
Tanpa putus asa kau terus menitipkan doa.

Dan sekali lagi Tuhan mengabulkan doamu.
Aku diberi peluang kedua untuk hidup.
Dengan air mata dan kasih sayangmu.

Tapi. Kemudian. Kau pergi.
Tanpa dapat aku berbuat apa-apa.
Seolahnya nyawa kita ditukar ganti.

Ketawa bersama.
Menangis bersama.
Tapi kenapa kita mati tidak bersama?
Kau pergi dulu bertemu Kekasih Abadi.





zehan ilyana

Thursday, 7 February 2013

Aku Ingin Berbicara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




aku tahu ini bukan pengakhiran.
malah sudah aku jangka kan.
tapi peliknya kenapa aku terkilan.
sedih masih mencengkam jiwa.

aku rasa aku sudah bersedia.
tapi bila dapat jawapan begini.
aku rasa down gila-gila.
rasa seperti nak putus asa.

entah kenapa hari-hari yang aku lalui
aku rasa jiwa aku tenggelam
ke suatu tempat yang dalam
yang entah siapa yang 'kan tahu

entahlah.
aku cuma harap aku tabah.
dan tetap kuat hadapi masa hadapan.
dan mungkin aku perlu bersedia.
kalau-kalau aku 'kan jadi pergi ke abu dhabi nanti.

aku mohon,
agar rezeki aku di abu dhabi dipermudahkan.
dan moga aku dapat menyesuaikan diri di sana.
dan tidak lemah walau digilis derita.





zehan ilyana

Wednesday, 6 February 2013

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






jangan sampahkan aku.
boleh?






zehan ilyana

Monday, 4 February 2013

Review: Softener Daia Blooming Garden (Pink)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





ok, sengal tak aku nak buat review pasal softener baju jenama daia ni?
kehkehkeh...


dulukan aku pakai sabun baju yang serbuk tu je.
tapi, entah kenapa dah dua bulan ni aku nak guna pelembut baju.

jadi aku belilah daia warna pink.
bau dia memang harum wangi. hihi.. kalau baju dah wangi tak payah pakai perfume pun boleh. ha. :D

memang best lah. kalau nak tidur, cium bau baju tidur je pun dah best. wangi je.
kahkahkah.

*gambar kidnap dari pakcik google* 




kalau tak silap aku warna purple dengan biru pun sedap bau dia. tapi sebab aku terasa macam nak pilih pink. jadi aku ambillah pink.
tapi, baju memang lembut dan wangi.
hahahah.

and then aku notice, kalau pakai daia ni, tak payah letak sabun banyak. letak sikit je sabun serbuk tu.
kalau dulu masa tak pakai daia, aku letak dua sudu besar sabun serbuk aku letak (pakai sudu scoop untuk pencuci baju tu, tau kan?)
ni dah pakai daia aku  ada letak sikit sabun serbuk. hehehe..
sebenarnya tak payah letak pun tak apa, sebab aku bukannya main bola ke sampai baju aku kotor kan.
aku duduk rumah je. kalau pergi kalan pun, baju bukannya kotor mana pun.
jadi pakai daia je okay. tapi tangan tetap gatal nak letak sabun serbuk.





lepas ni aku macam nak try softlan pulak. ha.
:D




entah kenapa aku rasa entry aku kali ni macam lawak je.
hahahaa.
review softener baju tuuu..
kahkahkah/


gunalah daia blooming garden.
kahkahkah.

nanti kalau aku guna softener lain, and kalau aku rajin aku buat review lagi.
hahahhaa.






budak yang tak ada kerja nak buat jadi dia review sabun pencuci baju,
zehan ilyana

Saturday, 2 February 2013

ask.fm

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




entah.
tetiba rasa macam nak main benda ni.

woi tanya aku woi.
:p




sebab tak dak sapa lagi tanya aku apa-apa.
sobsss.



zehan ilyana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...