Miss Magnifique!!

Tuesday, 23 April 2013

Testing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Aku try update blog dengan fon ni....
Kakakaka 
Jakun kan? 
Orang lain dah lama update blog dengan fon...
Aku baru terhegeh-hegeh nak try for the first time...
Omg! Loser! 
Phewwww. 

Yeay! Got a new phone... Alhamdulillah... thank you Allah... :D 

And thanks to my

Sunday, 21 April 2013

Review: Hada Labo Arbutin Whitening Lotion

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



sebenarnya aku tengah boring.
aku nak update blog tapi aku tak ada idea.
jadinya, mehlah aku buat review. kakakaka.

okay kali ni meh aku cerita pasal toner yang aku pakai, walau aku rasa aku macam pernah je cite pasal ni. tapi ni kira aku buat entry khas untuk favourite product aku. ha gitu. 
nak muntah aku. padahal tak cantik pun. perasan je lebih ni nak buat review-review.
hihihi.

aku sejak dari pertengahan tahun lepas aku pakai toner yang sama iaitu Hada Labo Arbutin Whitening Lotion. 
oleh sebab aku malas tangkap gambar, aku ambik jelah gambar dari pakcik google eh?

 

dia ada tulis 3 steps of shirojyun whitening
1. deep moisturising
2. intensive repair
3. double whitening

kalau korang nak tau lotion kat sini bermaksud toner ya, kawan-kawan.
maksud shirojyun? aku tak tahu, pergi google sendiri la dey.

okay maknanya dah nak hampir setahun aku pakai toner yang sama. dan satu botol besar ni ada 170ml. kalau dengan aku memang tahan lama gila. padahal aku pakai pagi dan malam tak tinggal. ni aku baru beli botol yang kedua bulan lepas. 

okay kenapa aku suka toner ni, aku ni pun boleh tahan suka tukar produk, tapi kenapa aku decide nak stick dengan toner ini.

sebabnya mudah. aku ni pemalas.
bukan malas nak survey produk lain.
tapi..

korang tau tak kalau aku malas nak pakai krim ke serum ke. lepas cuci muka aku pakai toner ni je.
dan toner ni je pun dah cukup mampu untuk moisturize kan muka aku.
ha. gitu.
tapi, serius la weyh.
aku ni pemalas tahap cipan. jadinya aku suka benda mudah.

lagi satu toner ni korang tak payah nak pakai cotton pad sangat. aku pakai toner ni letak beberapa titis kat tapak tangan, dan letak ke muka. tap! tap!
dah! kakaka.

untuk whitening aku tak taulah kan, tapi untuk brighten skin memang okey la juga.

tapi sekarang ni aku sedang gigih untuk menjaga muka.
kakaka.
cet. korang rasa statement aku ni boleh percaya ke tidak? kakaka.

apa-apa pun toner ni memang toner favourite aku.

oh, harga dia memang mahal, aku masa nak beli toner ni, menggeletar tangan nak bayar harga toner ni. lelebih lagi aku ni sekarang memang selalu kena bajet semua benda. kakaka.
harga asal toner ni rm45.90.
ha, mahal kan? tapi boleh tahan sangat lama. aku pakai ada kot satu botol 8, 9 bulan. ni pun baru je masuk botol kedua.
dan aku memang suka beli waktu sale.
haritu aku beli waktu sale kat watson. dapat harga rm39 je.
ha. *chicken dance*

cubalah try. best tau toner ni untuk orang pemalas macam aku.
best toner ni untuk hydration.
best toner ni untuk brighten.
yang untuk repair tu aku tak tau la dia repair apa sebenarnya. -_-
hahaha.

ini antara favourite product aku setakat ni. aku tak rasa nak tukar lagi toner. kalau tukar pun maybe aku akan pakai hada labo juga tapi yang warna merah pula. :p
tapi aku rasa toner ni akan tahan sampai hujung tahun dan kemungkinan sampai awal tahun hadapan. jadinya lambat lagi untuk aku fikir tukar toner. melainkan aku tergoda untuk beli wonder pore freshner dari etude house. kbai. 


xoxo,
zehan.


Friday, 19 April 2013

Tudung2u Banyak Tudung Lawa!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



aku sebenarnya dah lama nak post benda ni, tapi sebab aku sangat busy dan sangat penat buat aku terlupa nak post pasal tudung2u ni.
aku dah usha blog ni, perghh, lawa-lawa tudung dia, harga pun berpatutan weyh.

Selendang Butterfly Corak 
aku berkenan yang ni. 

Selendang Half Moon 2 Line 
yang ni juga 

Selendang Panjang Corak Batik 
dan yang ni 

Selendang Panjang Square Polkadots 
yang ni nampak cool jugak.

Selendang Panjang Stripes 
omaigod! this is so colorful! nice!

Selendang Panjang Corak Batik 
yang ni pun nampak sweet :D

Selendang Panjang Tribal 
omaigod! tribal is so in trend! :D

Selendang Panjang Corak Leopard 
alamak lawanya yang ni!!!

Selendang Panjang Depan Dalam 2 Color
this is quite stylo! 

Selendang Panjang Corak Depan Dalam
yang ni pun lawa weyh!

Selendang Panjang Chiffon Polkadot
aku suka polka dots!!!!

Selendang Panjang Corak Bunga
yang ni sweet lawa and its pink! 
:DDDDD

weyh serius aku dah rambang mata gila ni.
kalau korang nak tengok mana yang lawa lagi korang pergi website ni Tudung2u korang pun akan rambang mata.
harga dia pun berpatutan. wahh rambang mata weyh.
oh ya, sampai 30hb April ni ada discount 15% menggunakan code ni:

THM2013

selamat mengusha dan membeli belah.
tak rugi weyh. serius. 

sekali lagi website dia ialah www.tudung2u.com.my 



xoxo,
zehan

Tuesday, 9 April 2013

Manusia Terbuang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




ada yang ketawa bila aku kata aku hanya budak jalanan.
kerana diri aku dikatakan tidak sesuai menjadi budak jalanan.

ada yang mencebik pabila aku kata aku seorang puteri yang tanpa nama puteri.
kerana diriku tak layak bersama mereka.

seolahnya aku tidak diterima di dalam kedua-dua kelompok ini.
hanya kerana diri aku ini mempunyai sifat yang tengah-tengah.

ah.
bagaimana aku harus membuang didikan yang di ajar sedari kecil?
ah,
bagaimana aku mahu menjadi seorang puteri yang hanya di sebelah pihak?


dan pabila aku tenggelam di dunia sendiri.
bisikan-bisikan hati mengatakan,
"aku sememangnya manusia terbuang.
tidak dapat bersama siapa pun."







zehan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...