Miss Magnifique!!

Wednesday, 31 July 2013

tidak pernah layak buat laki-laki sepertimu

melihat langit tanpa bianglala
   menunggu hujan dari awan
rindu ini mematikan jiwa
   perit yang tiada penjelasan

aku pernah mengira 
hari, 
   minit  
      dan saat,
tertanya bila akan dengar khabar darimu?

berikrar pada diri ingin melupakanmu,
aku pujuk hati,
"aku ini tidak layak buat laki-laki sepertimu"
dan
"aku ini tidak pernah layak untuk mana-mana lelaki pun"

mengukir senyuman pada cermin
mengatakan semuanya akan baik-baik sahaja
apabila kepala di bantal
di bilik yang gelap
sakit itu datang lagi
dan bagai sengaja menambah perit
aku tidak mengizinkan air mata
untuk jatuh membasahi bumi
kerana aku hanya ingin
mematikan jiwa yang suka bermain rasa.



zehan.

Thursday, 18 July 2013

18 Julai....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



suatu tika dahulu
satu tarikh yang amat bermakna
yang menggembirakan
yang dirai

suatu tika dahulu
dengan senyuman
dengan sebiji kek
dengan lilin menyala

suatu tika dahulu
dalam bilik kecil
kepala di peha
berkongsi cerita

suatu tika dahulu
tika kau masih ada
ketawa riang
menerima hadiah 



tika ini
     sendiri
menahan pedih untuk melalui tarikh ini
tanpa lesung pipit dari kamu

tika ini
    sendiri
mengulang kembali memori kita bersama
di hari lahirmu




selamat hari lahir, mama. 




adik.

Tuesday, 16 July 2013

Buat Semua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



moga ramadan kali ini memberi seribu makna.
memberi seribu ketabahan.
memberi kekuatan yang tak terhingga.

buat semua hati-hati rapuh.
buat semua yang mencari sang hakiki.
buat semua yang berjuang untuk hidup.





zehan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...