Miss Magnifique!!

Wednesday, 30 October 2013

(Travel) Beg Yang Sesuai Dan Perlu Dibawa Untuk Menunaikan Umrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Tadi, aku terbaca ada orang google search tajuk diatas dan terjumpa blog aku. hehe. Jadi, mehlah aku kongsi beg apa ang aku bawa dulu. 

1. Beg Baju

Beg Baju yang aku bawa, sederhana besar je. tak kecik dan tak besar gedabak. sebab aku ada tengok orang bawa beg baju yang  beroda tu tapi kecik je size dia. dan ada juga aku tengok orang yang bawa beg baju yang gedabak saiz dia. ngeee.
Oleh sebab aku sorang, aku bawa je beg baju sederhana, walaupun masa pergi tu memang ringan je beg aku sebab aku tak bawa banyak baju. tapi, aku tau, kat sana nanti mesti aku beli barang. nanti kalau dah beli barang tak adalah risau sangat nak letak mana, ye tak?
Oh ya, beg baju aku beroda dan boleh ditarik. serius, senang bawa yang macam ni. sebab kau sorang, tak ada siapa nak tolong kau angkat beg kau. jadi bawalah beg yang tak perlu nak diangkat sangat.

2. Beg Baju Yang Diberi Agensi

Beg yang diberi travel agensi, masa pergi tu, aku letak dalam beg besar, sebab beg besar kan tak banyak baju, jadi muat je.
Beg ni, kalau katakan kita pindah randah mana-mana, I mean dalam perjalanan kat sana nanti, boleh guna bag ni je. in case tak nak buka beg besar. And then katakan dari sana nak balik balik Malaysia nanti, kalau katakan takut beg teroverweight, kita boleh letak kurma/makanan, atau baju kotor atau apa-apalah.
aku rasa kalau ang datang suami isteri, kurma semua diorang akan masuk dalam kotak.
tapi macam aku yang pergi solo, single ni.. takkan balik nak bawa ekstra kotak pulakan? siapa nak tolong bawa nanti. aku ada dua tangan je. T_T
jadi beg ni berfungsi untuk kegunaan untuk balik nanti.
(best travel agensi ni sebab dia bagi yang boleh tarik dan beroda. phew. Alhamdulillah. senang hidup)

3. Beg Sandang Belakang

Aku memang tak bawa beg tangan. malas weh, kita kat sana bukan nak bergaya. aku bawa beg yang boleh aku isi dengan barang-barang keperluan aku yang banyak. (travel 15 hari kot) so dalam beg tu, aku letak buku aku. (padahal kat sana tak baca pun -,-') charger, telekung dan apa-apa yang tak nak masuk dalam beg baju.
(Aku pakai yang beg sekolah converse tu. senang nak bawa pi mana2. tak besar sangat pun)

4. Beg Kecil Yang Diberi Agensi

Okay beg ni aku letak buku panduan umrah, passport, duit dan dokumen perjalanan. tu je. haha.



hahaha.
apa tips la aku bagi korang ni. kakaka.


Zehan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...