Miss Magnifique!!

Sunday, 21 December 2014

Nak Transportation Services?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




hi!
ha, rajin kan aku update bulan ni? 
mestilah. lama tak update blog. rindu wehhh. hahaha


okay sebenarnya aku nak cerita pasal transportation service kat korang ni.

kalau korang nak pindah rumah ke, pindah pejabat ke, memerlukan lori untuk apa-apa lah yang korang nak pindah, aku ada tau satu company yang based on Malaysia.

nama company tu On Lookers Services, jangan risau depa adalah syarikat yang dah register dengan SSM. so terjamin punya, bro. haha.

dekat link atas tu ada details dioran. korang trylah, kot-kot membantu korang kan. 

kadang-kadang bukan senang nak cari lori nak pindah-randah ni. aku tau sebab aku dah beratus kali pinjdah randah.

kalaulah aku tau masa pindah haritu ada syarikat ni, aku contact depa je. wuuuu.

aku harap aku pun dapat membantu korang yang memerlukan khidmat lori ni. :')


okay tu je skian dari aku yang dah tak misteri lagi. :p



xoxo,
miss M
i mean,
zehan. :p


Monday, 15 December 2014

4 Tips Memakai Bracelet

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




 Hi, i'm back again! Teehee~
Harini aku nak cerita cara macam mana nak pakai bracelet.



Majoriti perempuan zaman sekarang (aku lettew) gemar memakai bracelet dan trend ini bukan sahaja dilihat sebagai semusim tetapi merupakan trend sepanjang tahun. Yep, cuba korang tengok sekeliling korang, kebanyakan perempuan always akan pakai bracelet at least satu la, kan kan kan? Jika dahulu, pemakaian bracelet lebih digemari oleh wanita-wanita yang lebih feminine. Namun, kini terdapat pelbagai jenis bracelet dan sesiapa sahaja dilihat semakin bijak bergaya dengan memadankan bracelet yang bersesuaian dengan gaya mereka. Sebab sekarang gelang pun ada yang masculine occay. Haritu aku ada pergi kedai accessories, peh gambar tengkorak ada. Masa aku pergi wang kelian, bracelet berduri ada. Jadi yang bukan feminine malah lelaki pun sekarang, ewah, dah pandai pakai bracelet.

Selain padanan jenis bracelet dengan pakaian yang bersesuaian, terdapat beberapa tips pemakaian bracelet yang korang kena tahu untuk menyerlahkan lagi penampilan dan personaliti korang. Sebab sometimes accessories ni buat kita nampak ada personaliti, y'know.




Kalau korang memakai bracelet di kedua-dua belah tangan kanan and kiri, pastikan jumlah bracelet yang dipakai adalah tidak sama. Jika disebelah tangan kanan memakai 4-5 bracelet, pakai 1 sahaja bracelet di sebelah kiri korang. Sebab kalau korang pakai dua-dua belah sarat, dia macam 'errr..' punya feeling. Like, um, no please? Ha camtu.





And then, pastikan bentuk semua bracelet adalah berpadanan. Korang mesti tak nak nampak terlalu ‘sarat' dan ‘messy' bukan?




Pilih padanan warna yang menyerlah. Korang boleh memilih warna yang sepadan atau kombinasi warna yang kontra.





Gabungkan bracelet jenis metal dan fabrik. Ia kelihatan amat menarik! Serius, memang gabungan metal and fabrik nampak cool and stylo gila. Cuba tengok contoh gambar. Nice kan?


Yay, now you know how to wear your bracelet right?

Hope these tips will be useful pada semua yang baca! 😉

Wednesday, 10 December 2014

Food Hunting #4 Delicious

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



hi!
i'm back!
sorry for the longggg no post. Ngeee.
it's hard to do everything without your laptop y'know.
i need my laptop right now. Haih.
Ada sesiapa yang nak bagi laptop free or repairkan my laptop for free?
Bwahahaha. Okay.. semua nak free kan. Haih. No worries. I'll figure it out later.

okay stop with my rant on and on.

Mesti pernah dengar Restaurant Delicious kan?
Yummy.

I wanna share about satu-satunya dessert kesukaan aku dekat Delicious ni.
i mean yang lain pun sedap. But i love this the most!


it's Chocolicious Sundae!



Sedap gila! My favourite. Yummy. Try la nanti kalau pi restaurant delicious. Yang aku tau Delicious ada dekat setia city mall and sunway pyramid.

Xoxo,
Miss M.
love,
Zehan Ilyama

Friday, 10 October 2014

Food Hunting #3 What To Eat at Vivo?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih




Korang pernah demgan restoran Vivo? Tak pernahhh?
ha rugi, bae. Rugi. Haha.


kat vivo ni paling sedap, volcanic chocolate dia.
kalau korang rasa sekali, confirm korang datang lagi. 
Tapi makanan kat sini quite exoensive ah. Ahkak tak mampu sangat noks.

harga volcanic chocolate ni rm15.90.
menangis kan?
kakaka.


tapi sedapla.
kalau aku ada duit lebih sikit, and memang teringin nak makan benda ni.. memang vibola aku tuju. 

Kalau makanan heavy/main course dia pun sedap.
macam lasagna, chicken parmigiana, segala jenis baked dia.

so far makanan kat sini tak mengecewakan.

tapi korang yang jenis bajet duit, memang menangis noks. Menangis setiap kali nak bayar.

hahaha.

tapi sedap.

Aku kalau kat sini makan volcanic chocolate atau lasagna dia.

yezza.. makanan menggemukkan diri.
pasal tu pergi gym pun tak kurus :p



xoxo,
Miss M.
eh,
Zehan.

Sunday, 14 September 2014

Food Hunting #2 Coffea Coffee

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Okay for the second entry untuk label Food Hunting ni.. hehe.. masih lagi simple.
It's more to dessertssss.

Me and my cousins lepaking sambil bersantai dekat Coffea Coffee.

And suggested by one of them untuk minum satu drink signature diorang, it's Peanut Butter.
Ha, ya, nama dia memang peanut butter je. And I was like 'whatt? Serious?'
Hahaha.

Dalam hati, karang dia bagi aku peanut butter yang sapu dengan roti tu acanerrr. Haha.

But no, Peanut Butter is a hot drink yang menjadi signature untuk Coffea Coffee.

And rasa dia memamg sedap. Tapi jangan minum masa dia dah sejuk, sebab rasa dia tak berapa sangat bila dah sejuk. Masa panas-panas sedap.



Tiramisu dia memang sedap gila kat Coffea Coffee ni. Memang sedaplah. Tak tau nak describe macam mana selain sedap. Masa makan tu rasa macam, ohmygod...heaven nya dessert ni. Rasa macam nak makan lagi dan lagi. Hahaha.

And then Red Velvet and Chocolate Muffin dia pun sedap. Memang sangat nice and best la untuk lepak and santai.

Air Caramel Cooliz (I don't know how to spell it right hahaha) with a shot of coffee memang sedap. My cousin order yang ni.

So, if chuolls pergi Coffea Coffee, jangan lupa order yang aku sebut ni.
Haha.


Okiedokie. Adios, amigo.



Xoxo,
Miss M?
Lol,
Zehan Ilyana

Saturday, 13 September 2014

Food Hunting #1 Caffe Bene (part 1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



okay, aku nak start satu muka baru dalam blog ni. Atau satu label baru. It's food hunting!

haha..
ya, menggemukkan korang dan juga aku.


untuk entrt first bagi label ni. Meh lah aku bagi yang ringan-ringan je.
Aku share aku minum air je la dekat Cafe Bene.

Sedap!
Aku dengan my bestie.
caramel machiato and vanilla latte.

tryla. Tapi untuk Cafe Bene ni, ni baru part 1 okayyy..
Sebabbb.. hm.. :p


By the way, ni Cafe Bene dekat sunway yang lee kwang soo datang tu. Dekat dengan H&M kalau korang tak tau nak cari cemana. Haha.. sebab aku cari Cafe Bene ni pun lama gak berdasarkan tengok map floor.. sebab start dari O.. dan aku macam 'whatttttt?'
lol.





*jangan tanya harga sebab kalau aku tak letak tu, dah sah-sah aku tak ingat. Bye*





Xoxo,
Miss M?
Lol,
Zehan Ilyana

Tasbeeh by Zehan Ilyana

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Hi, korang apa khabar?
;')

Lama dah tak update blog and jenjalan kat blog korang.
haih. Tunggu wifi masuk and laptop okay ya. ;)


Lama menghilang, I started my own small business.
Making tasbeeh.
yeah.

bermulanya sebab tasbeeh aku putus. Then, aku tak tau nak beli kat mana tasbeeh yang cantik.. sebab semua tasbeeh aku beli masa aku ada kat Madinah dengan Mekah.
aku suka tasbih dari sana.. sebab cantik2. Nak berzikir pun rasa nyaman je. Hehe.

bermula la episod aku buat tasbih sendiri. Dan tasbih aku ni letak nama demgam charm sekali. So biar special sikit. Haha.

Aku start meniaga ni bulan april haritu.
entah la macam mana boleh nak meniaga. Bermula dengan suka2 dan try test the market sebab masa tu, mana ada orang malaysia yang buat lagi. Huhu.

kiranya, aku the first one la yang buat kat malaysia ni.

aku suka sebenarnya buat tasbih ni, sebab bagi aku it's not only about tasbeeh.
Aku happy tau, bila orang bagi feedback kata 'mak saya suka' 'ayah saya kata cantik'.
'Parents saya happy sangat dapat tasbih ni'


Allahu.
aku ni kan dah tak ada parents. Rasa macam happy gila bila dapat buat parents orang lain happy tau tak. Haha.
Sayu pun ada sebenarnya. :'D

Aku tak tau aku merepek apa ni.
tapi aku aktif kat instagram. Kalau korang rasa nak usha2 and tengok. Jengukla ig tasbeeh aku @tasbeehbyzehanilyana

nak usha aku tengok aku kat @zehanilyana
kakakakaka.
jangan nak usha sangat. Tumbuk kang.

:p

nah, aku bagi cuci mata tengok tasbih yang aku buat.











Monday, 30 June 2014

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih



It's ramadhan.
Allahu Akbar.

Tak sangka akan jumpa ramadhan lagi.
Alhamdulillah.
Allah knows best.

Forgive me, readers and people.
If I had hurt you, offense you or anything that makes you feel wanna punch my face hehehe.

May this ramadhan we become more a better person.

Don't forget your solat fardhu, yea?
Puasa and it's awesome kalau dapat perform solat terawih sepanjamg ramadhan.

Don't forget to work hard and pray hard.
and in my case, work hard, pray hard and play hard too. :p



Xoxo,
Zehan.

Tuesday, 3 June 2014

Etude House I Need You Royal Jelly Mask Sheet

Oleh sebab keinginan nak update blog sangat membuak-buak tapi tak tau nak update apa. I updatela review. Luls. Jangan marah.
Dah namanya blog perempuan. :p



Just for some information, royal jelly is considered to be one of the world’s most nutrient-rich substances, packed with 134(!) nutrients like Vitamins B1, B2, B5, B6, C, E, and Folic Acid.
The amino acids in Royal Jelly also increases collagen production, maintaining the skin’s firmness, and also has anti-aging benefits, helps in eliminating pigmentation as well as wrinkles, and enhances your skin’s texture and smoothness.
(The information was copy paste)

Description:

Highly nutrional royal jelly restore skin health and soothe the skin after being damaged by pollution, debris and weather and help skin to maintain smoothness, softness and luminosity.


Aku copy paste dari blog omputih aku je. Yang khas untuk review.
Ha tak tau lettew. Tapi aku memang tak bak bagitau pun. Haha. :p


Okay okay start review

Ha, ni antara one if my favourite mask. Bau dia memang bau honey. Rasa nak makan. Haha.
After pakai, memang kulit rasa lembut je. And the best part nampak a bit of whitening effect. Tapi sementara waktu je la. Lol.


But still my favourite mask. Suka suka suka.

Korang boleh lah try. Jamin korang mesti suka punya. Hehehe.

Rating: 5/5
Repurchase: yes
Price: rm6.9

...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih















Everything will be fine, ain't no?

:'(

Friday, 16 May 2014

Bed Rant

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Jumaat barakah everyone.

I called this as bed rant because i'm still on the bed. Lol. Sungguh tak berwawasan. -_-'


Yesterday, i almost gave up with life. Again. I have tried so much. But life kept bring me down again and again till i think i should just collapse.

Allah..
May You ease my path.
Peace my heart.

Alhamdulillah. I got my rhythm back.

Allah will help us if we really trust Him right.



Friday, 28 March 2014

Jumaat...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Otak masih sarat dengan hal-hal yang masih belum selesai.

Bukan senang nak memulakan sesuatu. Bertambah payah bila kita tak tahu nak mula dari mana.

Tak apa, masih ada masa.


I don't know what would happen tomorrow, but I'm trying my best to live today.


Barakah friday, everyone.
in shaa Allah.




Tuesday, 25 March 2014

23rd Birthday and... survive!



I never thought I would still breathing and survive to this date.

tak tersangka akan sempat mencecah umur 23 tahun. No, sungguh tak pernah. Tapi, Tuhan lebih tahu. Allah lebih tahu apa terbaik buat aku.
Alhamdulillah. 

Happy bornday to myself. 
dear self, I know you've been through a lot and doesn't feel like living. But let's do our best in seeking redha Ilahi, shall we? 

Tuhan, terima kasih.

Wednesday, 19 March 2014

... it does hurt.



"Thank you.
Goodbye never hurts. But a lie always will."

Wednesday, 12 March 2014

...




"I own nothing to lose everything and anything."

Tuesday, 11 March 2014

Meiko Cosmetics Naturactor Cover Face Review



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Seperti tertera tajuk di atas.. yezza.. aku nak buat review pasal Meiko Cosmetics yang made in Japan. 
Just nak inform you guys, Meiko memang ada diperbuat dari China.. tapi the best quality of course la yang made in Japan.

Okey meh cek ceghita sikit pasai Naturactor Cover Face ni. Okay ini sebenarnya boleh dibuat sebagai foundation dan boleh juga dibuat sebagai concealer. Tapi aku buat jadi foundation + concealer.


Description: 
"Provides great coverage for skin. It's long lasting and you only need to apply a little to get the perfect skin look. For all skin types. Fragrance free. Special to make up artis and professional use."

Antara ingredients dalam ni yang bagus untuk kulit ialah;
Jojoba Oil - berkesan untuk merawat kulit kering dan membantu untuk menampakkan kemudaan bagi orang yang dah makin berumur. Dan jojoba oil juga diguna untuk acne treatment.
Mica - untuk menampakkan seri wajah dan tahan lama di kulit.
Tocopherol (Vitamin E) -  antioxidant yang akan melindungi dan membaiki kulit.

Dia memang jenis creamy foundation tapi dia punya texture sangat light. Ha.. aku pun tak tau macam mana dia boleh buat gitu.. but yeah bebeh.

Dia punya cover untuk kulit bagus walaupun dia sangat ringan.. tapi untuk cover blemish memang sangat bagus kalau guna dengan span basah. Aku suka guna dengan span basah sebab nampak sebati dengan kulit. (Sebenarnya aku tersalah pilih color.. haha. Tapi the best thing dia fit quite well after 10-15 minit. Aku pilih ni color 140.. aku rasa aku suppose pilih color 141 atau 151..aku perasan aku putih. Hakhak) :)

Oh yea.. kalau lepas guna dengan wet sponge... aku pegang muka aku rasa macam tak pakai apa2 kat kulit. 
And then dia fragrance free.. bau dia natural je.

Tahan lama.. cuma kalau waktu korang red flag.. korang pakai lebih dari 8 or 10 jam.. dia berminyak sikit kat muka.






Okay gambar pertama adalah gambar bare face dengan pelembab muka. Jangan gelak.. aku tau aku tak lawa. Lol. Susah tau aku nak tunjuk muka kat blog ni (walaupun setengah) hakhak. 
Gambar kedua tu gambar dengan hanya naturactor cover face. Yang ketiga tu dengan bronze blush, eyeliner and lipgloss.

Aku tak pakai bedak sebab aku rasa naturactor ni memang boleh pakai macam tu je. Tak payah pakai bedak pun tak apa.

Conclusion dia.. aku suka.. dan affordable. Satu bekas tu ada 20g boleh tahan lebih dari setahun..aku baca review dari orang ada yang habis pakai lepas 2 tahun.

Harga dia rm41 je kalau korang beli dengan Miss Zunita..(dia dah kahwin.. jangan ngengada nak ngorat. Aku panggil miss sebab sedap sikit bunyi dia. Mrs nampak macam cikgu besor. Haha). Btw, dia memang bawa semua barang original dari jepun dan jual online.

Korang boleh contact dia melalui;

Instagram : @elegancecosmetics
Whatsapp/SMS: 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com



Sunday, 9 March 2014

Review Etude House I Need You Royal Jelly Mask Sheet



Meh nak kongsi dengan korang mask best. Haha.
Etude House I Need You, Royal Jelly! Face Mask ni aku baru je pakai malam tadi..
And guess what, aku suka gila.

Okay just for some information..
Korang tau tak royal jelly ni ada banyak khasiat dia? Ada 134 khasiat termasuk lah ada vitamin, B1, B2, c, e, folic acid dan etc.
Dan royal jelly ni bagus untuk anti wrinkle, anti aging dan akan buat kulit lebih soft, smooth dan supple.



After aku pakai memang kulit rasa soft, smooth and supple.. and the most yang buat aku shock.. aku rasa kulit aku macam cerah sikit. Tak banyak la.. sikit je. Haha..

Aku beli ni pun masa etude house tengah buat sales and promotion. Lol. Aku kan suka beli barang masa sales. Tak adanya aku beli barang yang orang tak buat sales. Lol.

Harga sebenar dia rm6.90.

Takat ni selain daripada skinfood papaya yogurt mask.. ni antara mask favourite aku. And yea.. kalau aku pergi skinfood i will repurchase this.
Teehee.. :D


Miss M.
M stands for malas. Dah bye.

Thursday, 6 March 2014

hi.. how are you?

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.



Hi.. how are you?
Hello... where's the goodbye?

Lappy masih rosak dan masih tak hantar ke kedai. Ada sesiapa boleh tolong baiki secara FOC? Lol. Kidding guys.

I am alive.
And still at my house.
And doing nothing except for makan and tidur.

Wow.. what an exciting life aku ada. Lol.

Susah juga nak update pakai hp ni rupanya.. tapi tak apa lah.. aku tau korang rindu aku. Lol perasantannya.

Korang buat apa?

I miss my miss m.
Lol.

Aku tak sakit dah. Sihat ni.
*nangis* k tipu mana ada nangis.

I have nightmares.
I have something that keep haunting me.

Ohmyy.. how I miss my mama right now.


Hasbi Rabbi.
Hasbi Rabbi.




xoxo,
Miss M

Thursday, 9 January 2014

macam mana nak jaga kulit muka?

 there were few people yang tanya aku soalan ni. Sebenarnya aku macam blur and blank sebab tak tau nak jawab macam mana. Sebab kulit muka aku tak cantik. Masih ada pimple scar sana sini. My pores are so big (urghh. *sad*). Dengan mata panda yang sangat obvious.

But because they knew me since I was young and teenagers. And tahu macam mana teruknya kulit aku dulu. :( that's why kot diorang tanya.

I guess 3 years back then everything changed?

Sebab bila umur dah 20, I was so serious untuk have a better skin. So I was putting a lot of efforts and money. Yes, I had to. And still have to.

Dan aku rasa untuk ada better skin, pertama, rajin. Kedua, duit.

Sebab bila ada kulit yang bermasalah, sangat susah sebenarnya nak kata tak payah guna duit untuk beli barang muka.

I have used a lot of products. *sigh*
I mean mungkin orang akan kata kenapalah membazir beli barang2 ni.. tapi selalunya orang yang kata macam tu kulit diorang tak ada masalah dan lawa pulak tu. :/
(Tapi aku belum berani nak guna apa-apa dalam bentuk makanan)

Masa proses penggunaan products, yes it is a try and error. And try and good.
Ha.

I won't say apa yang aku guna bagus sebab kulit kita semua react berbeza. But oats is good for me. Hada labo arbutin lotion is good for me. Krim mutiara mekar semilu is good for me. Skinfood papaya yogurt is good for me. Dan yang lain banyak juga yang bagus but these few things yang still aku pakai sampai sekarang. (And actually my routines are so many.. konon nak jaga muka punya pasal)

Lagi satu you have to know your own skin.. kering ke? Berminyak ke? Kombinasi ke? Ada masalah pori ke? Blackhead and whitehead problems ke? dull skin ke?
So that you know what you should buy.

Tapi aku jenis jimat. Aku selalu guna barang sikit je. So dia boleh tahan lama. Aku taklah gila lagi nak tempek setengah botol krim kat muka untuk satu malam. Yes aku tau ada orang jenis macam ni. HAHA.
Pasal tu kebanyakan barang2 aku boleh tahan lebih 3 bulan. Dan aku suka pakai mask. Serius.

Aku tak pakar. Sebab aku pun masih berusaha untuk jaga kulit muka. Sebab y'know. I am still Miss M. M stands for malas.
Bila malas.. kulit? Hmmph.. :/

Mendelah aku merepek pasal kulit muka. Entah aku cuma nak randomly bercerita.
Kalau boleh macam nak stop cerita masalah. Nak cerita pasal mende2 merepem macam ni. Cerita pasal dream.
Cerita2 yang tak ada kaitan dengan kisah kisah sedih. Gittew.

I hope korang boleh remember me as a person yang... em.. suka bercerita? Maybe?
Yang suka kongsi, maybe?

Cuma sekarang mungkin nak kongsi oasal benda yang random dan tak berkaitan demgan kesedihan.


I don't want people to remember me as a sad girl.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...