Miss Magnifique!!

Monday, 15 December 2014

4 Tips Memakai Bracelet

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




 Hi, i'm back again! Teehee~
Harini aku nak cerita cara macam mana nak pakai bracelet.



Majoriti perempuan zaman sekarang (aku lettew) gemar memakai bracelet dan trend ini bukan sahaja dilihat sebagai semusim tetapi merupakan trend sepanjang tahun. Yep, cuba korang tengok sekeliling korang, kebanyakan perempuan always akan pakai bracelet at least satu la, kan kan kan? Jika dahulu, pemakaian bracelet lebih digemari oleh wanita-wanita yang lebih feminine. Namun, kini terdapat pelbagai jenis bracelet dan sesiapa sahaja dilihat semakin bijak bergaya dengan memadankan bracelet yang bersesuaian dengan gaya mereka. Sebab sekarang gelang pun ada yang masculine occay. Haritu aku ada pergi kedai accessories, peh gambar tengkorak ada. Masa aku pergi wang kelian, bracelet berduri ada. Jadi yang bukan feminine malah lelaki pun sekarang, ewah, dah pandai pakai bracelet.

Selain padanan jenis bracelet dengan pakaian yang bersesuaian, terdapat beberapa tips pemakaian bracelet yang korang kena tahu untuk menyerlahkan lagi penampilan dan personaliti korang. Sebab sometimes accessories ni buat kita nampak ada personaliti, y'know.




Kalau korang memakai bracelet di kedua-dua belah tangan kanan and kiri, pastikan jumlah bracelet yang dipakai adalah tidak sama. Jika disebelah tangan kanan memakai 4-5 bracelet, pakai 1 sahaja bracelet di sebelah kiri korang. Sebab kalau korang pakai dua-dua belah sarat, dia macam 'errr..' punya feeling. Like, um, no please? Ha camtu.





And then, pastikan bentuk semua bracelet adalah berpadanan. Korang mesti tak nak nampak terlalu ‘sarat' dan ‘messy' bukan?




Pilih padanan warna yang menyerlah. Korang boleh memilih warna yang sepadan atau kombinasi warna yang kontra.





Gabungkan bracelet jenis metal dan fabrik. Ia kelihatan amat menarik! Serius, memang gabungan metal and fabrik nampak cool and stylo gila. Cuba tengok contoh gambar. Nice kan?


Yay, now you know how to wear your bracelet right?

Hope these tips will be useful pada semua yang baca! 😉

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the tips...rietta biasa pkai stu jer...blom pndai combine....

Dang Kahla said...

suka pakai yang nampak macam indie gitu =D

deno said...

Kaka2 sis suka sangat pakai bracelet ni... Sis je jenis tak suka pakai apa2 hiasan tangan ni kecuali jam tangan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...